Kereta Mayat

Wahai Orang-Orang Yang Beriman

Aali Imran 156

[156] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh):

Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh. (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu:

 Penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan.

Advertisements

Oktober 11, 2006 Posted by | Hidup, Jangan, Mati, Munafiq, Perang, Wahai Orang Beriman | Tinggalkan komen