Kereta Mayat

Wahai Orang-Orang Yang Beriman

Al-Anfal 45

[45] Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Oktober 16, 2006 Posted by | Berjaya, Wahai Orang Beriman | Tinggalkan komen

Al-Maidah 90

[90] Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya

Oktober 13, 2006 Posted by | Arak, Berjaya, Judi, Wahai Orang Beriman | Tinggalkan komen

Al-Maidah 35

[35] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan

Oktober 13, 2006 Posted by | Berjaya, Jihad, Taqwa, Wahai Orang Beriman | Tinggalkan komen

Aali Imran 130

[130] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

Oktober 11, 2006 Posted by | Berjaya, Jangan, Riba, Wahai Orang Beriman | Tinggalkan komen